Zikir Selepas Solat Dhuha

Home Amalan Murah Rezeki Zikir Selepas Solat Dhuha
Published on September 2, 2016

Zikir Selepas Solat Dhuha

 

zikir-selepas-solat-dhuha-blog-1

Zikir selepas solat sunat Dhuha

 

Ramai kita dah tahu, solat Dhuha adalah antara amalan untuk menarik rezeki.

Ramai juga yang mengenalinya sebagai amalan murah rezeki.

Selepas menunaikan solat Dhuha, bagus sangat untuk kita berzikir.

Berikut adalah zikir selepas solat Dhuha yang boleh kita amalkan setiap hari :

رب اغفرلي وتب علي إنك أنت التواب الغفور

Robbighfirlii watub ‘alayya Innaka Antattawwaabul ghofuur.

Maksudnya : Wahai Tuhanku, ampunilah dosaku, dan terimalah taubatku, sesungguhnya Engkau adalah Maha Pemberi taubat dan Maha Pengampun.

Baca 100 kali.

Amalkan selalu, hayati dan istiqomah.

Setelah dibaca berhari-hari, berminggu-minggu, berbulan-bulan, bertahun-tahun, rasakan sendiri perubahan yang berlaku ke atas diri.

Lebih-lebih lagi jika diiringi dengan amalan-amalan lain seperti sedekah pagi, dan niat untuk meningkatkan kualiti solat anda.

Of course, sentiasa menjaga solat wajib (menjaga hubungan dengan Allah). Ini yang penting.

Amalan yang wajib sentiasa dijaga, amalan sunat sentiasa ditambah dan istiqomah.

Lakukan dengan istiqomah, insyaAllah, dengan izin Allah, dideraskan rezeki kita.

 

Siapa yang tak mahu berubah menjadi lebih baik? Semua orang mahu. Semua orang nak. Hidup lebih baik dari sekarang. Hidup lebih tenang. Sentiasa tenang…

Jauh dari rasa serabut dan tah apa-apa…

Istighfar ini juga boleh dibaca 100x, selepas solat subuh atau shalat malam. Boleh juga dibaca setiap kali selesai solat wajib 5 waktu.

Bismilllah.

Dengan Izin-Nya.

Moga Allah redha dan terima segala amalan kita.

Aamiin Ya Mujib 🙂