RAHSIA ORANG KAYA JADI KAYA DENGAN SIMPAN 10 PERATUS PENDAPATAN

RAHSIA ORANG KAYA JADI KAYA DENGAN SIMPAN 10 PERATUS PENDAPATAN
Home Rahsia Orang Kaya RAHSIA ORANG KAYA JADI KAYA DENGAN SIMPAN 10 PERATUS PENDAPATAN
Published on August 16, 2017

 

RAHSIA ORANG KAYA JADI KAYA DENGAN SIMPAN 10 PERATUS PENDAPATAN

Gambar menunjukkan keratan akhbar Metro 25 Ogos 2014. Betapa pentingnya simpan walau 10% yang sering dipandang enteng dalam kalangan kita.

Dalam ebook Sistem Menjemput Rezeki ditulis :

“Orang menjadi kaya kerana banyak simpanan.”

Apabila kita ada simpanan, kita ada duit untuk melabur. Apabila tiada. kosong-kosong-kosong. Kata Najwa Latif.

Simpan 10% – hok alorh. Benda kecik je?

Mungkin ada orang akan cakap macam di atas. Ingat ini,

“Gunung-ganang terdiri daripada kerikil-kerikil batu.”

Bayangkan you ada RM 1 juta simpanan. Adakah you punya,

– Mindset
– Cara kerja
– Idea

Akan sama dengan orang yang ada simpanan RM1?

“Mana datangnya RM1 juta?”

Bermula dengan simpanan 10%. Orang yang tiada simpanan, tidak akan boleh buat pelaburan. Orang yang tidak buat pelaburan, tidak akan kaya sampai bila-bila.

“Saya gaji kecil, mana boleh simpan 10%. Tak cukup. Ada anak lagi.”

Boleh tak kalau saya kata begini,

“You tanya orang yang gaji RM3,000, RM1,000, atau RM50,000 sekalipun. Saya boleh sahkan, kalau pendapatan banyak mana pun, tidak simpan 10%, your life is game over. You tanya orang yang ada banyak tanggungan, sedikit tanggungan, hatta pelajar sekalipun. At the end, sampai satu masa, masalah kewangan mereka adalah,

– Tidak cukup duit
– Tiada simpanan

Apa yang saya nak cakapkan adalah, 2 perkara di atas adalah tahap yang sama, walau pendapatan masing-masing berbeza. Jadi, boleh kan saya cakap macam ini,

“Walau you ada income berbeza, you tetap boleh simpan 10% daripada tiap income. Hanya displin sahaja yang membezakan.”

 

“Displin.”

Apabila you tekad simpan 10% dengan niat kekayaan bertambah dari semasa ke semasa, you akan berjaya simpan, dan takkan guna simpanan itu melainkan untuk pelaburan BUKAN perbelanjaan ATAU keinginan.

Kalau you antara,

“Ada simpanan adalah.”
“Ada baki adalah.”

  • You akan ada masalah simpan 10% sampai bila-bila.
  • Hidup you akan kekal malang bertimpa-timpa.
  • You akan ada masalah kewangan sampai mati.
  • Duit you sampai bila-bila takkan cukup.

Apabila you tiada simpanan 10%, otak you akan buta, hati you buta. Simpanan 10% akan bina you punya dalaman.

Katakan you ada simpanan RM10K, you punya dalaman akan berkata,

“Aku ada duit.”

Bagaimana kalau you tiada simpanan hatta 1 sen? You punya dalaman akan berkata,

“Aku tiada duit.”

“When you focus problems, you will have more problems. When you focus possibilites, you will have more opputunities.”

Apabila dalaman you focus perkara-perkara negatif, segala zarah dalam diri you akan fokus pada perkara-perkara negatif. And you expect, positive things will happen?

No la.

  • You punya pemikiran
  • You punya idea
  • You punya kata-kata
  • Energi you

Semuanya akan jadi negatif. Sebab itu kalau tak boleh nak berfikir secara rasional, pemikiran negatif seperti cari ah long, merayu minta tolong kepada orang lain akan keluar.

Kalau orang bagi solusi 1001 pun, you takkan ambil ia sebagai solusi, sebab otak you dah lost, buntu, tak tahu nak fikir mana yang baik dan buruk.

Biasanya kalau you dah fed up, apa you buat? Kalau positif that is good. Tetapi saya rasalah mesti negatif punya. Antara perkataan biasa,

“Arrrgggghhhh… malas nak fikir. Lantaklah apa nak jadi, jadilah.”

Biasanya kalau you dah capai takat tu = redha. Time tu you akan spark up. Sebab you dah serahkan diri you 100% kepada Allah.

1 / 0 = infiniti

1 = Allah
0 = Ego manusia
Infiniti = Miracle yang tidak disangka-sangka

Apabila you dah jadi zero (kosong), saat itu you akan jadi somebody yang lebih relax dengan izin-Nya.

.

MENGAPA APABILA DAH REDHA = POSITIF?

Kita renung semula. Apabila you focus problem, zarah-zarah dalam diri you akan jadi negatif. Time tu you mulalah fikir 101 pemikiran negatif. You sibuk berusaha segala fizikal.

Apabila manusia mendekatkan diri kepada ibadah, melakukan amalan yang positif, element diri akan menjadi positif. Sebab itu apabila you redha, dimensi yang lain = you sedang dekat dengan Allah. Apabila you fokus usaha luaran (mungkin akan menjauhkan you dengan kekuatan daripada Allah).

You ikut logik – usaha luaran
You dekatkan diri dengan Allah – usaha spiritual

Ni rahsia. Tapi bila dah cerita tak rahsia lagi.

“Usaha spiritual 90% lebih berkuasa daripada usaha luaran 10%.”

Bukti?

“Sesungguhnya Allah telah menolong kamu mencapai kemenangan dalam banyak medan-medan perang dan di medan perang Hunain, iaitu semasa kamu merasa megah dengan sebab bilangan kamu yang ramai.

Maka bilangan yang ramai itu tidak mendatangkan faedah kepada kamu sedikitpun; dan (semasa kamu merasa) bumi yang luas itu menjadi sempit kepada kamu; kemudian kamu berpaling undur melarikan diri.

Kemudian Allah menurunkan semangat tenang tenteram kepada RasulNya dan kepada orang-orang yang beriman, dan Allah menurunkan tentera yang kamu tidak melihatnya, serta Ia menyeksa orang-orang kafir itu (dengan kekalahan yang membawa kehancuran); dan yang demikian itu ialah balasan bagi orang-orang yang kafir.” (Surat At Taubah: 25 – 26)

Daripada perkara di atas, perhatikan ayat ini,

“Iaitu semasa kamu merasa megah dengan sebab bilangan kamu yang ramai. Maka bilangan yang ramai itu tidak mendatangkan faedah kepada kamu sedikitpun.”

Andai kita adaptasi,

“Usaha luaran yang banyak pun tidak akan memberi manfaat, tanpa pertolongan Allah.”

Justeru selarikan, imbangkan usaha luaran dan spiritual.

“Erkk…macam dah terlajak je ni?”

So nampak tak impak usaha spiritual more than usaha luaran? Jadi, apa perlu buat?

Bina usaha spiritual dengan simpan 10%. Ingat ya, simpan 10% akan bina you punya spiritual walau ia nampak macam usaha luaran.

Apabila you simpan 10%, you sedang membina :

– Mindset
– Idea
– Gaya

Diri you yang baru. Sebab you punya dalaman akan mula berubah ke arah positif insya-Allah.

Syarat ketat: Displin a.k.a haramkan diri daripada belanjakan simpanan 10% walau apapun terjadi. Kecuali dah sampai masa, you dah ada ilmu pelaburan bagaimana guna duit simpanan untuk melabur, only then baru boleh guna.

99% you berjaya buat simpan 10%, insya-Allah hidup you berubah.

99% gagal simpan 10%, hidup you akan kekal negatif sampai bila-bila. Nauzubillah.

Kredit : Sumber asal artikel ditulis oleh Insyirah Azhar dan Inche Hujan, penulis Ebook Sistem Menjemput Rezeki