Puasa Bulan Zulhijjah Berapa Hari? | Penjelasan Ustaz

Home Amalan Sunat Puasa Bulan Zulhijjah Berapa Hari? | Penjelasan Ustaz
Published on September 8, 2016
Puasa Bulan Zulhijjah Berapa Hari?

Puasa Bulan Zulhijjah Berapa Hari?

Alhamdulillah, rezeki kita dipanjangkan umur dan dapat bertemu lagi dengan Bulan Zulhijjah yang mulia ini.

Ada dikalangan kita yang dapat menjadi tetamu Allah, melakukan ibadah haji di Baitullah.

Ada juga yang masih belum berkesempatan untuk menunaikan rukun Islam yang ke-5 ini.

Ada beberapa amalan-amalan Sunat yang disyariatkan, yang bagus untuk kita lakukan di bulan Zulhijjah ini.

.

Amalan Puasa di Bulan Zulhijjah

Ada yang tertanya-tanya, puasa bulan Zulhijjah berapa hari?

Antara amalan yang disunatkan pada bulan Zulhijjah ialah berpuasa 9 hari pertama.

Bermula dari 1 Zulhijjah sehingga 9 Zulhijjah.

Puasa 9 hari straight, tak ada ponteng-ponteng.

Namun begitu, jika tidak dapat berpuasa 9 hari berterusan, boleh puasa beberapa hari dari 1 Zulhijjah sehingga 9 Zulhijjah. Boleh juga berpuasa 2 atau 3 hari.

Jika tidak dapat puasa 3 hari, puasalah 1 hari, iaitu pada 9 Zulhijjah.

Islam sangat menggalakkan kita memperbanyakkan puasa 9 hari bulan Dzulhijjah. Dan ditekankan puasa pada hari arafah, iaitu 9 Zulhijjah.

Abu Qatadah radliallahu ‘anhu meriwayatkan bahwa Nabi shallallahu ‘alaihi wa sallam bersabda :

صيام يوم عرفة أحتسب على الله أن يكفّر السنة التي قبله ، والسنة التي بعده

“…puasa hari arafah, saya berharap kepada Allah agar menjadikan puasa ini sebagai penebus (dosa) satu tahun sebelumnya dan satu tahun setelahnya..” (HR. Ahmad dan Muslim).

Dari Ummul Mukminin, Hafshah radliallahu ‘anha, bahwa Nabi shallallahu ‘alaihi wa sallam :

Melaksanakan puasa asyura, 9 hari pertama Zulhijjah, dan 5 hari tiap bulan. (HR. An Nasa’i, Abu Daud, Ahmad, dan disahihkan Al-Albani).

.

Anda boleh tonton video ini untuk penjelasan mengenai Puasa Bulan Zulhijjah berapa hari :


.

10 Hari Awal Zulhijjah Yang Mulia

روى البخاري رحمه الله عن ابن عباس رضي الله عنهما أن النبي صلى الله عليه وسلم قال : ما من أيام العمل الصالح فيها أحب إلى الله من هذه الأيام – يعني أيام العشر – قالوا : يا رسول الله ولا الجهاد في سبيل الله ؟ قال ولا الجهاد في سبيل الله إلا رجل خرج بنفسه وماله ثم لم يرجع من ذلك بشيء

Diriwayatkan oleh Al-Bukhari, rahimahullah, dari Ibnu ‘Abbas Radhiyallahu ‘anhuma bahwa Nabi Shallallahu ‘alaihi wa sallam bersabda : Tidak ada hari dimana amal soleh pada saat itu lebih dicintai oleh Allah daripada hari-hari ini, yaitu : Sepuluh hari dari bulan Dzulhijjah. Mereka bertanya : Ya Rasulullah, tidak juga jihad fi sabilillah ?. Beliau menjawab : Tidak juga jihad fi sabilillah, kecuali orang yang keluar (berjihad) dengan jiwa dan hartanya, kemudian tidak kembali dengan sesuatu apapun”.

وروى الإمام أحمد رحمه الله عن ابن عمر رضي الله عنهما عن النبي صلى الله عليه وسلم قال : ما من أيام أعظم ولا احب إلى الله العمل فيهن من هذه الأيام العشر فأكثروا فيهن من التهليل والتكبير والتحميد

وروى ابن حبان رحمه الله في صحيحه عن جابر رضي الله عنه عن النبي صلى الله عليه وسلم قال: أفضل الأيام يوم عرفة.

“Imam Ahmad, rahimahullah, meriwayatkan dari Umar Radhiyallahu ‘anhuma, bahwa Nabi Shallallahu ‘alaihi wa sallam bersabda : Tidak ada hari yang paling agung dan amat dicintai Allah untuk berbuat kebajikan di dalamnya daripada sepuluh hari (Zulhijjah) ini. Maka perbanyaklah pada saat itu tahlil, takbir dan tahmid”.

Mengapa 10 hari di awal Zulhijah sangat mulia?

Kerana pada 10 hari awal Zulhijah, terkumpul banyak ibadah.

Tidak ada hari yang terkumpul suatu ibadah kecuali 10 hari awal Zulhijah.
1 Ibadah Haji (tawaf, sa’i, wukuf di arafah, bermalam di mina dsb)
2. Puasa Arafah
3. Ibadah Qurban

 

Wallahua’lam. Marilah kita sama-sama mengibarahkan bulan Zulhijjah yang mulia ini. Moga Allah s.w.t. menerima amalan kita. Biiznillah.