Harta Yang Akan Dibawa Ke Kubur

Harta yang dibawa ke Kubur
Home Amalan Menjemput Rezeki Harta Yang Akan Dibawa Ke Kubur
Published on February 16, 2018

Suatu ketika bertanya Baginda Rasulullah s.a.w. kepada sahabat, maksudnya. “Manakah yang kamu lebih suka, harta kamu ataupun harta ahli keluarga kamu?”

Jawab para sahabat yakni maksudnya, “Sudah tentu kami lebih suka harta kami wahai Rasulullah”. Kemudian diulangi pertanyaan itu oleh Rasulullah untuk memastikan keyakinan sahabat dengan jawapan mereka.

Lalu Rasulullah bersabda, maksudnya, “Sesungguhnya harta kamu itu adalah harta yang kamu infaq, sedangkan harta yang dimiliki oleh waris kamu itu adalah harta yang kamu simpan”.

 

Ingatlah pesan Baginda Rasulullah s.a.w. yang akan mengikuti mayat itu hanya 3 perkara yakni hartanya, keluarganya, dan amalnya. Yang akan balik meninggalkannya adalah keluarga dan hartanya, manakala yang tinggal bersamanya adalah amalnya sahaja.

Maka, orang yang bijak adalah orang yang punyai harta lalu dia gunakan hartanya untuk manfaat di kuburnya nanti.

Sepertimana sahabat bernama Abu Dzar yang telah menginfaqkan unta paling baik yang dimilikinya supaya nanti daoat melihat hasil terbaik bila mana telah berada di dalam kubur sana.

Harta yang dibawa ke Kubur